Salah satu permua popular di Android adalah Monument Valley. Kini, untuk tempoh terhad, pembangunnya menawarkan permua berkenaan secara percuma kepada pengguna peranti Android – dimana anda boleh mendapatkannya tanpa sebarang bayaran berbanding RM15.99 pada kebiasaannya.

Monument Valley menawarkan bentuk permainan tekaria yang unik, dimana para pemain perlu menyelesaikan sesuatu tahap dengan membawa watak mereka menuju ke pintu yang ditetapkan. Sejumlah tahap disediakan melaluinya, dan ia turut hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Bagi anda yang ingin menambah koleksi permua anda, mungkin boleh mendapatkan Monument Valley ini secara pecuma dari Play Store hari ini.

Muat-Turun Monument Valley di Android

Sohor Kini