Pihak pembangun Fortnite telah mengumumkan penawaran watak Thanos melalui mod Infinity Gauntlet pada Fortnite Battle Royale, dan seperti dijanjikan, kini kemaskini berkenaan telah pun sudah boleh dimainkan oleh pemain Fortnite seluruh dunia.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, mod ini ditawarkan dalam bentuk masa terhad, dimana pemain akan memainkan permainan Battle Royale seperti biasa. Tetapi, anda turut boleh mengumpul batu khusus untuk mengubah watak mereka kepada Thanos – sekaligus menerima sejumlah kuasa tambahan. Sekiranya watak Thanos ini dibunuh, Gauntlet berkenaan akan dijatuhkan, dan pemain lain boleh mengambilnya – sehinggalah pemain terakhir memenangi permainan Battle Royale berkenaan.
Bagi anda yang memainkan Fortnite, anda boleh mengemaskini permainan anda hari ini, dan memainkan mod edisi terhad ini.