Skip to main content

Kami sebelum ini pernah menyatakan antara perkara yang menggalakkan penipuan di dalam PUBG adalah kerana pemain ingin mendapatkan barangan di dalam permainan yang unik agar dapat menjualnya.

Buat masa ini ada dua sistem yang boleh digunakan oleh pemain iaitu “Market Trade” dan “Personal Trade”. Melalui sistem market trade pemain boleh menjual barangan melalui pasar di Steam manakala personal trade membolehkan pemain menukar barangan dengan rakan.

Melalui pengumuman di Steam, PUBG Corp mengatakan untuk sementara waktu mereka akan menutup sistem personal trade kerana mereka dapati sistem ini digunakan untuk menjual barangan di luar Steam.

Oleh kerana mereka tidak menyekat market trade, nampaknya keputusan ini diambil bukan untuk menghalang pemain menjual barangan akan tetapi sekadar untuk menghalang pemain dari melakukannya di luar Steam.

Keputusan ini kemungkinan besar di ambil selepas beberapa negara mengharamkan sistem kotak tikam yang digunakan dalam perjudian. Sistem perjudian menggunakan sistem personal trade sebagai cara untuk menukar barang.

Ini merupakan satu tindakan yang baik akan tetapi kami masih berharap barangan ini tidak dibenarkan untuk dijual untuk mendapatkan wang ringgit kerana ia menggalakkan penipuan dan juga aktiviti-aktiviti tidak sihat yang lain.

Leave a Reply