Sebelum ini kami melaporkan yang Framed Collection yang ketika ini hanya dikeluarkan sebagai permua untuk iOS dan Android akan dikeluarkan untuk PC dan Switch pada suku kedua tahun ini.

Hari ini Loveshack Entertainment mengumumkan yang permainan ini akan dikeluarkan pada 18 Mei 2018. Bersama pengumuman ini disertakan adalah video trailer terbaru.

Framed Collection mengandungi Framed dan Framed 2. Permainan ini merupakan antara permua kegemaran kami kerana keunikan tekaria yang digunakan. Teknik permainan permua ini adalah berdasarkan komik di mana pemain perlu mengubah kedudukan setiap panel untuk menggerakkan penceritaan dan juga permainan.

Permainan ini sudah tersenarai di Steam dan Nintendo akan tetapi hanya Nintendo memperlihatkan harga iaitu $8.99 (RM35).

Sohor Kini