Jika anda menggemari permainan yang memfokuskan kepada penceritaan dan mempunyai teknik permainan yang ringkas, You Left Me adalah satu permainan yang bukan sahaja mendalam tetapi sangat menarik.
Dibangunkan oleh Angela He semasa acara LD Compo 41 iaitu acara untuk pembangun membangunkan permainan baru dalam masa 48 jam dengan mencampurkan dua genre berlainan.
You Left Me boleh ‘dibeli’ melalui laman itch.io akan tetapi anda boleh menetapkan sendiri harga yang ingin dibayar termasuk juga secara percuma. Jika anda membayar $5 (RM20) ataupun lebih anda juga akan mendapat 16 wallpaper.
Permainan ini mempunyai 5 pengakhiran dan setiap permainan mengambil masa dari 5 hingga 30 minit berdasarkan pilihan anda. Penceritaan adalah mengenai kemurungan yang diceritakan dengan cukup baik.
Kami sangat-sangat mengesyorkan untuk anda mencubanya, dan berikan sedikit harga bagi menyokong pembangun permainan ini.
[info]You Left Me: itch.io[/info]