Google sedia mempunyai bahagian khusus didalam syarikat mereka dinamakan sebagai Area 120 yang membolehkan sejumlah pekerja terpilih untuk membangunkan startup dan idea menarik dibawah Google. Dibawahnya kini, Google dilihat turut menyokong projek dinamakan “Arcade” yang akan memfokuskan kepada pembangunan permainan-sosial pada peranti mudah-alih.
Permua dibawah penawaran Arcade ini dikatakan akan bebas daripada pelbagai laman sosial sedia ada. Sebaliknya, pengguna akan perlu membuka akaun menggunakan nombor telefon – lebih kurang seperti pada WhatsApp.
Permua pertama dibawah Arcade dijangka akan hadir dalam beberapa bulan lagi, dan akan memfokuskan kepada elemen permainan berbentuk trivia, selain membolehkan anda bermain dan bersaing dengan rakan-rakan anda yang lain.
Google dilihat ingin turut memfokuskan kepada permainan berbentuk sosial ini. Memandangkan dengan sejumlah pengguna aktif yang tinggi, ia sekaligus menjadikan sesuatu permainan sebagai sebuah komuniti sosial tersendiri – sekaligus membuatkan mereka menghabiskan lebih masa dalam produk Google.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai Arcade ini dalam bulan-bulan akan datang.
Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.