Informasi Permainan Video Terkini
Pelagak Rasmi Dari Tencent Membolehkan PUBG Mobile Dimainkan Di PC
PC

Pelagak Rasmi Dari Tencent Membolehkan PUBG Mobile Dimainkan Di PC

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

Jika anda tidak mempunyai akses kepada peranti ataupun tidak mempunyai peranti yang boleh menjalankan PUBG Mobile dengan baik kini anda boleh menggunakan PC anda dengan menggunakan pelagak yang dikeluarkan oleh Tencent sendiri.

Pelagak ini adalah Tencent Gaming Buddy dan boleh dimuat-turun secara percuma. Berdasarkan spesifikasi anda terdapat juga tiga pilihan untuk kualiti grafik. Untuk mendapatkan grafik full HD memerlukan kad grafik GTX 660 dan ke atas ataupun bersamaan manakala untuk resolusi 2k memerlukan kad grafik GTX 1060 dan ke atas ataupun bersamaan.

Menariknya untuk mengelakkan pemain di PC mendapat banyak kelebihan terutama kerana boleh menggunakan tetikus dan papan kekunci, pemain hanya dapat bertempur dengan pemain lain yang turut menggunakan pelagak dan tidak akan bertempur dengan pemain yang menggunakan peranti mudah alih.

Walaupun begitu anda masih boleh bermain bersama dengan rakan anda yang menggunakan peranti mudah alih. Jadi jika anda ingin mencuba PUBG di PC tetapi tidak ingin membeli PUBG yang khas untuk PC anda boleh mencuba pelagak ini.

Pelagak PUBG Mobile: Tencent Gaming Buddy


TIPS & ULASAN