Skip to main content

Bagi permain yang ingin bermain Switch menggunakan TV, alat kawalan yang menjadi pilihan adalah Switch Pro Controller yang dijual secara berasingan. Jika anda merasakan membeli alat kawalan ini merugikan kerana hanya boleh digunakan untuk Switch, ini adalah berita baik untuk anda.

Berdasarkan penulisan di forum Steam, Steam kini menyokong secara rasmi untuk alat kawalan ini digunakan di PC. Menariknya, kesemua keupayaan alat kawalan ini seperti gyro aming yang sangat popular digunakan di permainan Splatoon 2. Melalui keupayaan ini pemain hanya menggerakkan alat kawalan untuk menyasar.

Alat kawalan ini sudah lama boleh digunakan di PC melalui sambungan bluetooth akan tetapi dengan adanya sokongan secara rasmi dari Steam sudah semestinya lebih memudahkan penggunaan. Bagi kami, alat kawalan Xbox masih menjadi pilihan untuk digunakan di PC.

Leave a Reply