Informasi Permainan Video Terkini
NZXT Mengeluarkan Rangka PC Bertemakan PUBG – Terhad Kepada 2000 Unit Sahaja
PC

NZXT Mengeluarkan Rangka PC Bertemakan PUBG – Terhad Kepada 2000 Unit Sahaja

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

NZXT minggu ini mengumumkan rangka PC khas yang bertemakan PUBG akan dikeluarkan tetapi terhad kepada 2000 unit sahaja dan hanya boleh didapati di Amerika Syarikat sahaja.

NZXT berkerjasama dengan PUBG Corp dan Gamers Outreach untuk menawarkan rangka PC ini dan 10% daripada hasil jualan akan didermakan kepada Gamer Outreach iaitu badan kebajikan yang menyediakan peralatan, teknologi dan perisian untuk kanak-kanak yang sedang dirawat di hospital.

Rangka PC ini akan mengunakan model H700i yang merupakan model terbaik dikeluarkan oleh NZXT, harga yang ditawarkan adalah sama dengan harga model ini edisi biasa iaitu $199.99 (RM800). Rekaan yang ditawarkan adalah mengambil inspirasi dari rekaan crate di dalam permainan PUBG.

Dengan adanya rangka PC ini, bolehlah pemain hidup dan mati untuk PUBG.


TIPS & ULASAN