Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Klasik Ikaruga Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada 29 Mei 2018

Permainan Klasik Ikaruga Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada 29 Mei 2018

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Ikaruga merupakan permainan shoot-’em-up yang dibangunkan oleh Treasure dan dikeluarkan dalam bentuk arked pada tahun 2001 di Jepun. Kemudian permainan ini dikeluarkan untuk Dreamcast pada tahun 2002, Gamecube pada tahun 2003. Manakala untuk Xbox 360 dan PC pada tahun 2008 dan 2014.

Akhirnya tahun ini permainan ini akan dibawa pertama kali untuk konsol generasi  terkini iaitu Nintendo Switch. Dengan kerjasama antara Treasure dan Nicalis yang menerbitkan permainan The Binding of Isaac. permainan ini akan dikeluarkan untuk Switch pada 29 Mei 2018.

Bagi versi di Switch ini pemain boleh memilih untuk bermain secara mod mendatar dan menegak dan mod ini boleh digunakan semasa dimainkan secara mudah alih ataupun di TV akan tetapi mempunyai bingkai hitam di tepi.

Pemain juga mempunyai tiga pilihan kesukaran dan juga bermain secara koperasi. Permainan ini merupakan antara yang terbaik di dalam genre ini dan semestinya kami tidak sabar untuk mencubanya di Switch.


TIPS & ULASAN