Masalah utama kami mengenai Nintendo Labo adalah binaan yang berasaskan kadbod bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibawa terutama untuk perjalanan jauh sebaliknya lebih kepada untuk diletakkan pada satu tempat sahaja.
Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi, The UPS Store memperlihatkan bekas pembawa untuk Nintendo Labo. Bekas yang turut menggunakan kadbod ini mempunyai tempat untuk menyimpan kesemua set binaan Nintendo Labo Variety Kit.
#NintendoLabo inspired us to be more creative with cardboard. And since we’re such experts at packing things in boxes, well… pic.twitter.com/OM1BFo8UuT
— The UPS Store (@TheUPSStore) April 26, 2018
Mereka memanggil bekas pembawa ini sebagai The Labo Toy-Con-Tainer. Selain mempunyai tempat khas, bekas ini turut mempunyai roda dan mangga untuk mengunci dan kesemua dibuat hanya menggunakan kadbod.
Walaupun mereka tidak menjual atau menghasilkan bekas ini untuk dipasarkan tetapi ini boleh memberikan anda idea untuk menghasilkan sendiri. Nintendo sudah semestinya membuatkan ramai menjadi kreatif dengan kadbod.