Menurut 11 Bit Studios iaitu pembangun Frostpunk, permainan tersebut sudah terjual sebanyak 250 ribu unit selepas 3 hari dikeluarkan.Ini merupakan satu pencapaian yang baik, terutama untuk permainan indie.
Frsotpunk merupakan permainan simulasi pembinaan yang mempunyai unsur ketahanan hidup. Melalui permainan ini pemain harus mengawal dan membuat keputusan mengenai penduduk dan juga pembangunan untuk memastikan ketahanan hidup berterusan.
Selepas dikeluarkan, Frostpunk menerima pelbagai pujian daripada media dan juga pemain. Setakat ini Frostpunk telah menerima 5 ribu ulasan dan keseluruhan adalah sangat positif mungkin ini yang membantu untuk meningkatkan hasil jualan.
Jika anda berminat Frostpunk boleh didapati melalui Steam dengan harga RM51.00.
[info]Frostpunk: Steam[/info]