Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Big In Japan Di Playstation Store Bermula Sekarang Sehingga 9 Mei

Jualan Promosi Big In Japan Di Playstation Store Bermula Sekarang Sehingga 9 Mei

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Jika anda mempunyai citarasa sama dengan pemain di Jepun, jualan kali ini di Playstation Store sudah semestinya untuk anda. Bermula minggu ini sehingga 9 Mei, jualan promosi berlangsung memfokuskan permainan yang popular di pasaran Jepun.

Jualan promosi ini menawarkan permainan yang agak banyak akan tetapi berikut merupakan pilihan kami.

  1. Monster Hunter: World – RM234 RM189.54
  2. NieR: Automata – RM216 RM108
  3. Resident Evil 7 – RM125 RM109
  4. Shadow of the Colossus – RM149 RM119.20
  5. Final Fantasy XV Royal Edition – RM209 RM146.30
  6. Dark Souls III – RM210 RM115.50
  7. Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX – RM189 RM132
  8. Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter – RM229 RM160.30
  9. Toukiden 2 – RM257 RM179.90
  10. Deus Ex: Mankind Divided – RM219 RM120.45

Ada beberapa permainan lebih murah jika anda merupakan pelanggan PS Plus akan tetapi permainan lain adalah harga sama walaupun anda tidak memiliki PS Plus. Pastikan anda mendapatkannya sebelum 9 Mei.

Jualan Promosi Big in Japan: Playstation Store


TIPS & ULASAN