Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan The Witcher: Enhanced Edition Secara Percuma Dengan Melanggani Newsletter GOG
PC

Dapatkan The Witcher: Enhanced Edition Secara Percuma Dengan Melanggani Newsletter GOG

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Kehebatan permain The Witcher 3: Wild Hunts adalah bermula dengan adanya permainan pertama CD Projekt Red iaitu The Witcher. Kini jika anda masih tidak memiliki permainan yang dikeluarkan pada tahun 2007 dan 2008 untuk Enhanced Edition, anda boleh dapatkannya secara percuma dengan melanggani newsletter GOG.

Selain permainan The Witcher anda turut akan mendapat 1 Keg untuk permainan kad mereka iaitu GWENT. Selepas melanggani anda boleh keluar bila-bila masa sahaja dan masih memiliki permainan tersebut. Anda perlu mendaftar akaun GOG jika masih tidak memilikinya akan tetapi oleh kerana GOG tidak mempunyai sebarang DRM, untuk bermain anda tidak memerlukan GOG.

Walaupun tidak setanding dengan The Witcher 3, teknik permainan dan grafik juga ketinggalan akan tetapi penceritaan dalam The Witcher masih baik dan semestinya berbaloi untuk anda habiskan masa.

Muat-Turun: The Witcher: Enhanced Edition