Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Twitch Prime Bulan Mei 2018 Diumumkan – Boleh Dimuat-Turun Bermula 1 Mei
PC

Permainan Percuma Twitch Prime Bulan Mei 2018 Diumumkan – Boleh Dimuat-Turun Bermula 1 Mei

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Twitch sebelum ini mengumumkan program Free Games with Prime iaitu program baru seakan PS Plus yang memberikan sebilangan permainan percuma setiap bulan untuk pelanggan Twitch Prime.

Permainan yang ditawarkan untuk bulan Mei adalah Psychonauts, Clustertruck, Gone Home, Titan Souls, High Heel dan I, Hope. Permainan-permainan ini boleh dimuat-turun bermula 1 Mei 2018 sehingga 31 Mei 2018. Untuk memuat-turun permainan ini anda memerlukan aplikasi Twitch Desktop.

Anda boleh melanggani Twitch Prime dengan harga $5.99 (RM23) sebulan akan tetapi untuk 6 bulan pertama langganan akan berharga $2.99 (RM11). Melalui Twitch Prime, pelanggan akan mendapat langganan untuk satu channel percuma setiap bulan di Twitch dan juga dapat mengakses Twitch tanpa iklan. Selain itu pelanggan juga dapat melayari Prime Video iaitu perkhidmatan seakan Netflix oleh Amazon.

Apa pendapat anda mengenai senarai permainan percuma untuk bulan Mei?