Jika anda seperti kami tidak pernah puas mendapat kandungan baru dari Final Fantasy XV (tipu), anda semestinya akan berminat dengan berita ini. Square Enix mengumumkan pek kostum bertemakan Final Fantasy XV akan dikeluarkan untuk Minecraft.

Pek kostum ini adalah untuk Minecraft di kesemua platform yang dikeluarkan iaitu Playstation 4, Playstation 3, Playstation vita, Xbox 360, Xbox One, Switch, Wii U dan PC. Kostum tidak terhad kepada pemain sahaja tetapi juga termasuk penjahat dan watak-watak lain.

Buat masa ini tiada informasi lanjut dinyatakan termasuk juga tarikh dikeluarkan akan tetapi berdasarkan penyenaraian di Playstation Store Australia, pek ini sudah boleh dibeli dengan harga $4.55 (RM14). Kemungkinan akan tiba ke pasaran lain dalam masa terdekat.

Sohor Kini