Jika anda pernah bermain Jeanne d’Arc yang dikeluarkan pada tahun 2006 untuk PSP dan PS Vita, permainan RPG strategi terbaru iaitu Banner of the Maid sudah semestinya mempunyai gaya yang sama dari segi watak dan juga teknik permainan berdasarkan trailer yang dipertontonkan.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengikut watak utama Pauline Bonaprate iaitu adik kepada Napoleon Bonaparte. Pauline baru sahaja menghabiskan pelajaran di akademi ketenteraan dan ingin balik Perancis untuk melawat abangnya.

Di dalam perjalanan ini Pauline secara terpaksa terlibat di dalam peperangan dan mesti menggunakan pengetahuannya di dalam peperangan ini. Selain Napoleon, watak sejarah yang akan turut ada adalah Jean Lannes, Josephine de Beauharnais, Louis Charles, Antoine Desaix dan Marie Antoinette.

Anda juga boleh meilhat kawasan-kawasan yang akan menjadi tempat pertempuran melalui trailer di atas. Jeanne d’Arc merupakan antara permainan kegemaran kami dan semestinya tidak sabar untuk mencuba permainan ini. Buat masa ini tiada tarikh tetap dinyatakan akan tetapi akan dikeluarkan pada tahun ini.

Sohor Kini