Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini : Constructor Classic 1997
PC

Permainan Percuma Hari Ini : Constructor Classic 1997

Diterbitkan pada Apr 22, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk strategi dan juga simulasi, kini anda turut boleh menambah koleksi permainan anda dengan menebus permainan Constructor Classic 1997 secara percuma melalui GOG.

Constructor Classic 1997

Constructor Classic 1997 memerlukan anda merangka strategi, menguruskan sumber, selain mengambil-alih pelbagai tapak dalam membangunkan bangunan dan juga bandar. Seperti biasa, anda perlu meningkatkan harga bangunan anda dengan membentuk kejiranan yang baik, dan dengan pengurusan yang sesuai.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan yang telah diterbitkan pada 1997 lepas ini secara percuma melalui GOG untuk waktu terhad.

Muat-Turun Constructor Classic 1997 di GOG


TIPS & ULASAN