Informasi Permainan Video Terkini
Warhammer 40000 Inquisitor – Martyr Tertunda Ke 5 Jun 2018
PC

Warhammer 40000 Inquisitor – Martyr Tertunda Ke 5 Jun 2018

Diterbitkan pada Apr 20, 2018 oleh .

Warhammer 40,000 Inquisitor – Martyr dikeluarkan semenjak 1 September 2017 lagi sebagai akses awal di Steam. Mereka menjangkakan permainan ini akan dikeluarkan secara penuh pada 11 Mei akan tetapi terpaksa di tundakan kepada 5 Jun disebabkan masalah teknikal untuk versi konsol iaitu Playstation 4 dan Xbox One, oleh disebabkan mereka ingin melancarkan permainan ini pada masa yang sama untuk PC juga tertunda.

Melalui penulisan di Steam, penerbit Zoltán Pozsonyi meminta maaf dan menjanjikan untuk bekerja 90 jam seminggu yang selepas mendapat kritikan, dikatakan sekadar jenaka dan dibuang dari penulisan asal. Beliau juga mengatakan ini adalah berita baik kerana memberikan mereka lebih masa untuk meningkatkan kualiti permainan tersebut untuk versi PC.

Kami berharap bekerja 90 jam seminggu itu adalah benar-benar sekadar jenaka kerana bekerja untuk masa yang lama tidak menjanjikan kualiti yang lebih baik.


TIPS & ULASAN