Informasi Permainan Video Terkini
Croteam Mengumumkan Serious Sam 4 – Maklumat Lanjut Pada E3 2018
PC

Croteam Mengumumkan Serious Sam 4 – Maklumat Lanjut Pada E3 2018

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Di acara Reboot Develop 2018, Croteam mengumumkan Serious Sam 4: Planet Badass dengan menunjukkan trailer acah permainan tersebut. Tidak banyak informasi yang dikongsi kan tetapi menjanjikan lebih maklumat semasa E3 2018 pada Jun nanti.

Seperti siri Serious Sam yang lain, permainan ini juga akan diterbitkan oleh Devolver Digital. Kami akan kongsi lebih banyak maklumat mengenai permainan ini apabila dikeluarkan nanti.

Berdasarkan sejarah permainan yang diterbitkan Devolver kebiasaan permainan yang diumumkan di E3 akan dikeluarkan pada tahun yang sama. Platform juga tidak dinyatakan akan tetapi permainan ini sudah tersenarai di Steam oleh kerana itu versi PC sudah disahkan dan berdasarkan keluaran lepas versi PS4 dan Xbox One turut akan tiba.


TIPS & ULASAN