Informasi Permainan Video Terkini
Platinum Games Mengumumkan Permua World of Demons

Platinum Games Mengumumkan Permua World of Demons

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Platinum Games adalah antara pembangun popular yang mengeluarkan permainan aksi seperti Nier Automata dan Bayonetta. Kini mereka mula melibatkan diri menghasilkan permua dengan mengumumkan World of Demons dengan kerjasama DeNA Games yang menerbitkan permua seperti Final Fantasy Record Keeper dan Fire Emblem Heroes.

Permua ini memfokuskan teknik permainan aksi yang berlatar masa dan tempat pada zaman silam Jepun di mana makhluk mitos benar-benar wujud. Pemain akan bermain sebagai samurai Onimaru yang mesti melawan kekuasaan Raja Iblis yang telah menjajah kawasan itu. Sepanjang permainan pemain akan dibantu oleh watak-watak lain yang mempunyai senjata tersendiri, anda juga boleh mengetuai iblis untuk bertempur.

Pemain akan melalui perbagai bahagian dan pemain harus melawan penjahat yang mempunyai kesukaran tersendiri. Semasa bertempur pemain boleh mengawal watak dengan pergerakan 360 darjah penuh. Pemain juga boleh menggunakan kebolehan untuk memanggil raksasa. Setiap kelebihan mempunyai elemen asas tersendiri yang perlu digunakan untuk melawan pelbagai jenis penjahat.

Permua ini dijangka akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini untuk iOS terlebih dahulu dan versi android akan tiba kemudian. Permainan ini boleh dimuat turun secara percuma untuk dimainkan dan mempunyai mikro-tranksaksi. Jika anda berminat, anda boleh mendaftar awal untuk mengetahui bila permua ini dikeluarkan menggunakan pautan ini.


TIPS & ULASAN