Skip to main content

Arena of Valor merupakan salah satu permua berbentuk MOBA yang popular dan mempunyai peminatnya tersendiri. Seperti pelbagai permua popular lain, Arena of Valor turut mempunyai penawaran e-sukan tersendiri, dan ia bakal kembali pada bulan Julai ini, diadakan di Amerika Syarikat.

Arena of Valor WC

Arena of Valor World Cup ini dikatakan sebagai penawaran e-sukan versi permua dengan hadiah tertinggi setakat ini, dimana untuk kali ini, ia menawarkan hadiah berjumlah RM2.2 juta.

Arena of Valor World Cup akan menyaksikan sebanyak 12 pasukan bersaing untuk memenanginya, termasuk dari Malaysia.

Untuk rantau MSP (Malaysia, Singapura, Filipina), 4 pasukan teratas pada Valor Cup Season 2 akan dijemput untuk bersaing dengan pemenang Valor Cup Season 2 – dan berpeluang untuk bersaing ke Arena of Valor World Cup.

Arena of Valor WC

Leave a Reply