Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Menambah Sokongan Untuk Mikro-Transaksi Dan Arcade Mode

PUBG Mobile Menambah Sokongan Untuk Mikro-Transaksi Dan Arcade Mode

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

PUBG Mobile telah menjadi salah satu permua fenomena yang dimainkan oleh ramai pengguna. Terkini, hari ini pembangunnya telah menawarkan kemaskini untuk Android dan iOS, sekaligus menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Melalui kemaskini baru ini, antara ciri yang disertakan adalah Arcade Mode yang menawarkan mod permainan baru dengan hanya 28 pemain, dan dengan variasi penawaran senjata berbeza-beza.

Disamping itu, anda turut boleh memasuki Training Ground untuk melatih penggunaan senjata.

PUBG Mobile

Bersama-sama kemaskini baru ini juga, kini PUBG Mobile menyertakan sokongan mikro-transaksi bersama-sama dengannya untuk membolehkan pemain mendapatkan pakaian dan aksesori tambahan untuk watak mereka.

Bagi anda yang memainkan PUBG Mobile, boleh mengemaskini permua anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.