Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Wishlist Di GOG Sehingga 23 April 2018
PC

Jualan Promosi Wishlist Di GOG Sehingga 23 April 2018

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

GOG baru-baru ini memperkenalkan fungsi Wishlist di laman mereka. Selain memberikan permainan percuma secara rambang kepada sesetengah pengguna, mereka juga mengadakan jualan promosi untuk permainan yang paling banyak di senaraikan di dalam Wishlist.

Jumlah potongan harga adalah berlainan, dari serendah 10% sehingga 85%. Berikut adalah antara permainan yang pada pendapat kami agak berbaloi untuk dimiliki.

  1. The Witcher 3: Wild Hunt Game of the Year Edition – $49.99 $19.99
  2. Divinity: Original Sin 2 – $44.99 $38.19
  3. Hyper Light Drifter – $19.99 $9.99
  4. Owlboy – $24.99 $19.99
  5. Shadowrun Hong Kong Extended Edition – $29.99 $7.49
  6. Legend of Grimrock 2 – $23.99 $9.59
  7. Darkest Dungeon – $24.99 $9.99
  8. Syberia Complete – $54.97 $21.37
  9. Hob – $19.99 $14.99
  10. Superhot – $24.99 $12.49

Oleh kerana GOG tidak menggunakan sebarang DRM pembelian anda tidak memerlukan sebarang aplikasi sampingan seperti Steam untuk bermain, anda hanya perlu muat turun permainan sahaja. Pastikan anda tidak terlepas jualan ini.

Jualan Promosi: GOG