Informasi Permainan Video Terkini
Supercell Mengumumkan Kejohanan Liga Asia Untuk Clash Royale Dengan 12 Pasukan E-Sukan

Supercell Mengumumkan Kejohanan Liga Asia Untuk Clash Royale Dengan 12 Pasukan E-Sukan

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

SuperCell, penerbit dan pembangun permainan popular Clash Royale sebelum ini telah mengumumkan Clash Royale League – iaitu liga e-sukan rasmi untuk permua Clash Royale. Kini, lanjutan daripadanya, SuperCell hari ini turut mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan kejohanan Liga Asia untuk Clash Royale.

Clash Royale League Asia ini akan memperlihatkan sebanyak 12 pasukan menyertainya, termasuk 4 pasukan daripada Asia Tenggara, 4 pasukan daripada Korea, dan 4 pasukan daripada Jepun.

CRL Asia

4 pasukan yang terpilih dari rantau Asia Tenggara adalah ahq eSports Club, Bren Esports, Chaos Theory dan juga KIX.

Pasukan yang menyertai CRL Asia ini akan berlawan antara satu sama lain untuk dua musim, dan berkongsi hadiah berjumlah $200,000. Pemenang teratas akan berpeluang untuk turut menyertai World Finals yang akan diadakan kelak, dan bersaing dengan pelbagai pasukan e-sukan dari seluruh dunia.