Mungkin sekarang pertengahan bulan bukanlah masa yang baik untuk membeli permainan akan tetapi dengan jualan menarik yang sedang berlangsung di Playstation Store sehingga 25 April mungkin sempat untuk hari gaji.

Melalui jualan promosi terbaru ini, anda perlu membeli dua permainan untuk mendapat 50% potongan pada harga akhir. Anda tidak boleh memilih semua permainan sebaliknya yang tersenarai sahaja. Berikut antara permainan yang disenaraikan dengan harga selepas potongan 50%.
- Beyond: Two Souls –
RM119RM59.5 - God of War III Remastered –
RM99RM49.5 - Gran Turismo Sport Standard Edition –
RM219RM109.5 - Horizon Zero Dawn Complete Edition –
RM189RM94.5 - inFamous Second Son –
RM99RM49.5 - Killzone Shadow Fall – RM89 RM44.5
- The Last of Us Remastered –
RM109RM54.5 - Uncharted: The Nathan Drake Collection –
RM102RM51 - Uncharted 4: A Thief’s End –
RM149RM74.5 - Uncharted: The Lost Legacy –
RM149RM74.5
Harga potongan yang disenaraikan hanya akan diperoleh andai anda membeli 2 permainan dan gandaan 2, iaitu 2,4,6 dan seterusnya. Jika anda membeli hanya tiga permainan, harga permainan tertinggi tidak akan mendapat potongan.
[info]Jualan Promosi Beli 2 Potongan 50%: Playstation Store[/info]


