Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Berkongsi Trailer Classic Kingdom Untuk Kingdom Hearts III – Permainan Sampingan Klasik

Square Enix Berkongsi Trailer Classic Kingdom Untuk Kingdom Hearts III – Permainan Sampingan Klasik

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

KINGDOM HEARTS Union χ[Cross] Dandelion Meeting merupakan acara khas untuk pemain Kingdom Hearts yang sedang berlangsung sekarang. Melalui acara ini Square Enix berkongsi trailer yang dipanggil Classic Kingdom untuk Kingdom Hearts III.

Melalui trailer ini, mereka memperlihatkan permainan sampingan yang berdasarkan watak klasik kartun Disney dan juga permainan LCD dari tahun 1980an. Walaupun apa yang kami nantikan adalah tarikh pengeluaran untuk Kingdom Hears III tetapi trailer terbaru ini semestinya cukup menarik dan menjadikan kami lebih tidak sabar untuk bermain.


TIPS & ULASAN