Informasi Permainan Video Terkini
SEGA Berkongsi Video Memfokuskan Penceritaan Untuk Total War Saga: Thrones of Britannia
PC

SEGA Berkongsi Video Memfokuskan Penceritaan Untuk Total War Saga: Thrones of Britannia

Diterbitkan pada Apr 13, 2018 oleh .

Total War Saga merupakan permainan spin-off kepada siri Total War, berbeza dengan Total War, permainan ini memfokuskan kepada satu peristiwa. Untuk Thrones of Britannia, berlaku semasa pertempuran diantara puak Gaelic, Anglo-Saxon, dan Viking dan akan dikeluarkan pada 19 April untuk PC.

Hari ini SEGA berkongsi video yang memfokuskan kepada penceritaan permainan ini. Kepulauan British menjadi tidak tenang apabila Alfred the Great berjaya mengalahkan penceroboh Viking. Raja kepada England, Scotland, Ireland, Wales dan Danes merasakan ini adalah peluang keemasan untuk meluaskan kekuasaan.

Pemain boleh memilih untuk menjadi the English, the Gaels, the Welsh, the Great Viking Army atau Viking Sea-Kings. Pemain perlu mahir di dalam dunia politik untuk mendapat kejayaan. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.


TIPS & ULASAN