Informasi Permainan Video Terkini
Shovel Knight: Treasure Trove Kini Telah Terjual Melebihi 2 Juta Salinan – Promosi Jualan Sehingga 19 April

Shovel Knight: Treasure Trove Kini Telah Terjual Melebihi 2 Juta Salinan – Promosi Jualan Sehingga 19 April

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Yacht Club Games hari ini mengumumkan bahawa mereka kini telah terjual sebanyak 2 juta salinan buat permainan Shovel Knight: Treasure Trove. Permainan ini asalnya dilancarkan pada tahun 2014 lepas yang mana kini, ia sudah dilancarkan untuk pelbagai konsol dengan pelbagai kandungan tambahan.

Dua kandungan yang sudah dilancarkan adalah Plague of Shadows dan Specter of Torment. Manakala kandungan ketiga, iaitu King Of Cards akan dilancarkan secara percuma bagi mereka yang memiliki permainan Shovel Knight: Treasure Trove yang mana ia bakal tiba pada tahun ini.

Shovel Knight merupakan permainan 2D Side-scrolling platformer yang dibangunkan dan dilancarkan oleh Yacht Club Games. Ia merupakan permainan pertama mereka yang mana ia asalnya didana melalui kempen Kickstarters. Asalnya permainan tersebut dilancarkan di PC, Nintendo 3DS dan Wii U pada 2014 lepas. Kini setelah beberapa tahun, ia tiba di pelbagai konsol termasuklah Playstation 4 dan Xbox One. Ketika pelancarannya Nintendo Switch tahun lepas, Yacht Club Games dilancarkan di konsol tersebut.

Tambahan juga, bersempena dengan kejayaan ini, Yacht Club Games mengadakan promosi khas jualan permainan tersebut dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah sebanyak 20% diskaun bermula hari ini sehingga 19 April. Melalui Steam, permainan tersebut hanya berharga RM37.60 berbanding harga asalnya RM47.

Melalui laman rasmi Yacht Club Games, mereka juga berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan nilai jualan mengikut konsol dimana hampir 25% daripada 2 juta salinan yang terjual, telah terjual di PC.