Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan untuk acara akan datang bagi Overwatch yang digelar Overwatch Archives hanya mengulang acara Uprising yang berlangsung tahun lepas. Hari ini semasa Overwatch League, pengarah Overwatch Jeff Kaplan mengumumkan acara baru akan turut berlangsung iaitu Retribution.

Melalui acara ini misi 4-pemain PvE baru akan diperkenalkan di mana pemain akan menjadi puak pemberontak di dalam penceritaan Overwatch dan acara ini berlaku di Venice. Pilihan hero adalah Reaper, McCree, Moira dan Genji dan ada juga mod all-heroes di mana pemain boleh memilih mana-mana hero.

Acara ini akan berlangsung bermula 10 April sehingga 30 April. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencuba acara terbaru ini. Anda boleh menonton video untuk acara ini di bawah.

Leave a Reply