Boss Key Production kini mengumumkan yang mana beta untuk permainan LawBreakers akan ditawarkan untuk beberapa hari, iaitu pada 28 Julai hingga 31 Julai ini. Pengguna yang menggunakan PlayStation 4 dan juga PC boleh memainkan ia lebih awal, sebelum permainan ini dilancarkan secara rasminya pada 8 Ogos kelak.

LawBreakers adalah permainan penembak arena yang dibangunkan Boss Key Production yang diketuai oleh Cliff Bleszinski, bekas pengarah untuk permainan Gears Of War dan Unreal Tournament.

Beta terbuka tersebut akan dilancarkan pada Jumaat ini, 28 Julai pada jam 10 malam. Seperti biasa, anda boleh memuat-turunnya sekarang bagi pemain PC untuk mengjimatkan masa dan permainan tersebut boleh dimain pada tarikh dan masa tersebut.

Muat-Turun : LawBreakers

Sohor Kini