Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini GTA Online Terbaru Menyertakan Mod Permainan ‘Power Mad’
PC

Kemaskini GTA Online Terbaru Menyertakan Mod Permainan ‘Power Mad’

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Bagi anda yang bermain aktif bermain Grand Theft Auto Online, Rockstar Games baru sahaja mengumumukan kemaskini terbaru untuk permainan GTA Online iaitu POWER MAD.

Power Mad adalah mod permainan bagi permainan GTA Online dimana pemain akan berlawan secara berpasukan antara dua hingga empat pemain untuk memiliki kelengkapan Juggernaut. Pemain yang mengumpul mata yang tertinggi, berpeluang untuk mengguna kelengkapan Juggernaut, iaitu pakaian kalis peluru dan minigun untuk teruskan mendominasi pasukan musuh. Mod ini boleh dimain sekarang sehingga 31 Julai ini. Pemain juga akan mendapat dua kali ganda GTA$ dan RP dengan bermain mod Power Mad tersebut.

Terdapat juga promosi di Ammu-Nation untuk permainan GTA Online. Pemain boleh menaik-taraf kelengkapan dengan kelajuan tambahan sebanyak 25%. Pemain juga dapat membeli pelbagai senjata dengan diskaun 25% di Ammu-Nation. Promosi ini bermula hari ini sehingga 31 Julai ini.

Selain itu, Rockstar Games juga mengumumkan kenderaan baru untuk pemain GTA Online. Iaitu Pegassi Torero dengan berharga  $998,000 di dalam permainan tersebut. Rekaan kenderaan tersebut merupa rekaan klasik dan pemain boleh menaik-tarf enjin kenderaan tersebut dengan 25% diskaun sehingga 31 Julai ini. Kenderaan ini boleh dibeli di Legendary Motorsport hari ini.