Informasi Permainan Video Terkini
Beta Tertutup Untuk Dragonball FighterZ Akan Ditawarkan Pada September Ini

Beta Tertutup Untuk Dragonball FighterZ Akan Ditawarkan Pada September Ini

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Bandai Namco sedia mengumumkan beberapa watak yang akan hadir ke permainan Dragonball FighterZ sebelum ini, dan kini akhirnya penerbit permainan berkenaan turut berkongsi mengenai penawaran beta tertutup untuk Dragonball FighterZ. Bandai Namco mengatakan beta tertutup ini akan diadakan pada 16 hingga 17 September ini.

Pendaftaran Beta tertutup itu boleh dilakukan di PSN Store Jepun dengan memuat-turun tiket aplikasi, sekaligus berpeluang menyertai beta tertutup tersebut. Bagi mereka yang berada luar Jepun pula, pendaftaran Beta tertutup untuknya akan dibuka pada 22 Ogos ini.

Dragonball FighterZ adalah permainan perlawanan dari Arc System Works dan Bandai Namco yang bakal dilancarkan awal tahun depan di konsol PS4, Xbox One dan PC.

Pendafaran : Beta Dragonball FighterZ