Bagi mereka yang tidak sabar dengan permainan akan datang, Uncharted The Lost Legacy, anda kini boleh mendapatkan pengalaman awal permainan berkenaan dengan menonton video sepanjang 14 minit daripada Naughty Dog.
Video ini memaparkan bentuk permainan dunia terbuka di bahagian barat Ghats dalam permainan berkenaan. Pemain akan memainkan watak Chloe, ditemani Nadine untuk bersama mencari harta karun. Beberapa bentuk permainan dari siri sebelum ini, Uncharted 4 The Thief’s End dipaparkan seperti keupayaan untuk memandu kenderaan, bergeluk dengan tali cangkuk, memanjat dinding menggunakan cangkuk dan juga fungsi baru seperti membuka peti yang berkunci.
Uncharted The Lost Legacy bakal hadir ke PlayStation 4 pada 22 Ogos 2017 ini. Anda boleh membuat pra-tempahan di mana-mana pengedar rasmi Playstation tempatan hari ini pada harga RM159.