Skip to main content

Sony sedia berkongsi sedikit demi sedikit mengenai penawaran dan apa yang bakal ditawarkan pada acara PlayStation Experience 2017 SEA yang akan diadakan julung kalinya di Kuala Lumpur. Selepas berkongsi beberapa permainan yang boleh dimainkan pada acara berkenaan, kini Sony turut berkongsi mengenai penerbit yang akan hadir ke acara berkenaan.

Kazunori Yamauchi

Penerbit pertama yang dikongsikan hari ini yang bakal hadir ke acara PSX 2017 SEA ini adalah Kazunori Yamauchi.

Bagi anda yang tidak mengenali beliau, Kazunori Yamauchi merupakan penerbit disebalik permainan Gran Turismo – dan akan berkongsi lanjut mengenai permainan perlumbaan Gran Turismo Sport.

Seperti biasa, tandakan kalendar anda untuk 5 Ogos 2017 ini untuk melihat lanjut apakah yang akan dibawa oleh Sony pada acara PSX 2017 yang diadakan julung kalinya di Kuala Lumpur ini.

Leave a Reply