Skip to main content

Warner Bros. Interactive Entertainment kini telah hadir dengan video trailer terbaru untuk permainan LEGO Marvel Super Heroes 2. Trailer tersebut menyertakan Kang The Conqueror, watak antagonis dari siri komik Marvel.

Trailer ini ditayangkan buat pertama kalinya di San Diego Comic Con hujung minggu lepas. Trailer tersebut memfokuskan watak Kang sebagai antagonis di dalam permainan tersebut disamping memaparkan pelbagai kawasan ikon dari siri Marvel seperti New York, Wakanda, Xandar dan sebagainya.

LEGO Marvel Super Heroes 2 adalah permainan terbaru dan sekuel untuk permainan LEGO Marvel Super Heroes yang terkenal sebelum ini. Ia menyertakan penceritaan yang asli dan ditulis oleh penulis komik Kurt Busiek. Permainan ini bakal membawa pemain ke permainan dunia terbuka dari segala lokasi siri Marvel dan penuh dengan lawak jenaka LEGO untuk peminat dari semua lapisan umur.

LEGO Marvel Super Heroes 2 bakal dilancarkan di PS4, Xbox One, Switch dan PC pada 17 November ini.

Leave a Reply