Informasi Permainan Video Terkini
Superbeat : Xonic Akan Tiba Di Nintendo Switch Pada Oktober Ini

Superbeat : Xonic Akan Tiba Di Nintendo Switch Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada July 25, 2017 oleh .

Superbeat: Xonic, merupakan sebuah permainan yang dilancarkan di PS Vita pada tahun 2015 lepas, dan pada Jun 2017, ia telah dilancarkan semula pada PlayStation 4 dan Xbox One. Kini, ia turut diumumkan permainan ini bakal hadir ke Nintendo Switch pada 3 Oktober ini.

Superbeat: Xonic adalah permainan rentak muzik di mana pemain perlu bermain dengan mengikut rentak muzik. PM Studios dan Nurijoy, pembangun permainan ini telah mengoptimumkan kawalan dan fungsi sentuh untuk permainan supaya lebih lancar. Pemain akan mendengar lebih daripada 50 muzik dan bermain dengan 200 bentuk Street Date permainan yang berlainan.

Pemain juga dapat melihat kedudukan DJ secara atas-talian untuk mengetahui carta DJ terbaik seluruh dunia.

Bagi pemain Nintendo Switch, adakah anda akan mendapatkan permainan ini dan menjadi DJ terbaik di Malaysia?