Anda Kini Boleh Menambah-Nilai Steam Wallet Dengan Maybank2U

Maybank2U kini menawarkan kemudahan untuk menambah-nilai Game Credits terus ke dalam akaun Steam Wallet, MOLPoints dan MyCard daripada laman perbankan Maybank2U yang sedia digunakan ramai pengguna seluruh Malaysia.

Anda boleh membuat penambahan serendah nilai RM5 melalui laman web dan juga aplikasi Maybank2U. Pelanggan hanya perlu ke skrin pilihan tambah nilai dan nombor pin akan diberkan selepas urusniaga dilengkapkan.

Dengan kemudahan ini, anda tidak lagi perlu menggunakan kad kredit atau membeli kad Steam wallet di kedai lagi – sebaliknya boleh terus melakukan pelbagai transaksi terus melalui atas-talian.

Laman tambah nilai Game Credits Maybank2U

Sohor Kini