Informasi Permainan Video Terkini
Bandai-Namco Mengumumkan Bakal Menawarkan Gundam Versus Beta

Bandai-Namco Mengumumkan Bakal Menawarkan Gundam Versus Beta

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Bandai-Namco, penerbit untuk permainan akan datang Gundam Versus, hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan beta terbuka kepada permainan Gundam Versus tidak lama lagi.

Gundam Versus adalah permainan yang baru sahaja dilancarkan di Jepun pada 6 Julai yang lepas, dan kini diumumkan oleh Bandai-Namco yang mana permainan ini bakal hadir dalam versi bahasa Inggeris pada 29 September. Anda juga boleh membuat pra-tempahan di pengedar rasmi untuk mendapat beberapa barangan tambahan seperti Gundam bonus untuk dimainkan.

Buat masa sekarang, Bandai-Namco masih belum mengumumkan tarikh untuk beta terbuka ini, tetapi menyatakan ia bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat. Bagi mereka yang berminat dengan permainan ini, anda boleh nantikan beta umum ini dan ia bakal dilancarkan secara percuma bagi kesemua pemain Playstation 4. Seperti biasa, nantikan kemaskini pelancaran beta ini di Aksiz.

Gundam Versus akan hadir di konsol PS4 pada 29 September ini.