Bagi peminat siri permainan The Evil Within, Bethesda Softworks kini telah memperlihatkan trailer terbaru menunjukkan bentuk permainan untuk The Evil Within 2.

Trailer terbaru ini memperlihatkan bagaimana permainan akan datang ini akan boleh dimainkan, selain beberapa senjata terbaru untuk Sebastian Castellanos, watak utama yang bakal dimainkan oleh pemain. The Evil Within 2 merupakan sekuel kepada The Evil Within, dan permainan ini ditempatkan 3 tahun selepas permainan pertama yang dilancarkan pada tahun 2014.

The Evil Within 2 akan dilancarkan pada 13 Oktober ini untuk PS4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini