Bersempena dengan acara San Diego Comic Con, Capcom telah pun mengumumkan 6 lagi watak baru yang akan tiba ke permainan berbentuk lawan, iaitu Marvel VS Capcom:Infinite.
Haggard, Nemesis, Frank West, Spider-Man, Gamora dan Thanos merupakan watak terbaru yang bakal tiba ke permainan Marvel VS Capcom. Capcom, dan pada masa yang sama juga mempertontonkan bentuk permainan dan keupayaan setiap watak tersebut.
Marvel VS Capcom: Infinite bakal dilancarkan pada 19 September ini di konsol PS4, Xbox One dan PC.