Bagi para pemain Ghost Recon : Wildlands, hari ini akhirnya pihak Ubisoft menawarkan berita gembira untuk anda. Ubisoft kini mengumumkan yang mana beta terbuka untuk mod PvP permainan berkenaan dinamakan Ghost War akan dimulakan tidak lama lagi.

Pada Ghost War, pemain boleh memilih sebarang watak yang diinginkan, dan berlawan empat-lawan-empat. Seperti biasa, ia akan mengambil peta permainan berbeza-beza, termasuk memerlukan pemain mengambil kira taktik berbeza mengikut cuaca, lokasi, bangunan dan sebagainya.

Beta terbuka Ghost War ini akan ditawarkan untuk Xbox One, PlayStation 4 dan juga PC tidak lama lagi.

Sohor Kini