Informasi Permainan Video Terkini
Street Fighter V Menambah Pakaian Bertemakan Sukan Untuk Rashid, Laura Dan Ibuki
PC

Street Fighter V Menambah Pakaian Bertemakan Sukan Untuk Rashid, Laura Dan Ibuki

Diterbitkan pada July 22, 2017 oleh .

Capcom kini bersempena dengan acara San Diego Comic-Con 2017 turut mengambil peluang untuk berkongsi beberapa perkara baru – termasuk pengenalan pakaian bertemakan sukan untuk tiga watak dalam permainan Street Fighter V.

Tiga watak yang akan menerima penawaran pakaian bertemakan sukan ini adalah Ibuki, Laura, dan juga Rashid. Rashid dan Laura menerima penambahan pakaian sukan bolasepak, sementara Ibuki pula menerima penambahan pakaian sukan bola tampar.

Street Fighter V

Street Fighter V

Street Fighter V

Bagi anda yang memainkan permainan Street Fighter V ini, anda boleh memuat-turun pakaian bertemakan sukan ini melalui Steam atau PlayStation 4 pada harga setiap satu bermula $3.99. Ia akan ditawarkan bermula 25 Julai kelak.


TIPS & ULASAN