Skip to main content

Permainan aksi popular daripada Marvelous Inc, iaitu Fate/EXTELLA: The Umbral Star hari ini telah diumumkan yang mana permainan berkenaan kini turut ditawarkan untuk konsol Nintendo Switch.

Selepas pelancaran Fate/EXTELLA: The Umbral Star pada PlayStation 4 dan PS Vita pada awal tahun ini, kini versi Nintendo Switch akan disertakan bersama 30 penambahankan bersama DLC kostum esklusif Unshackled Bride untuk watak Nero. Fate/EXTELLA: The Umbral Star untuk Nintendo Switch ini diumumkan akan ditawarkan secara fizikal dan digital pada harga £49.99(~RM280).

Fate/EXTELLA: The Umbral Star merupakan permainan ketiga dibawah siri Fate/Extra dan permainan kedua yang dilancarkan diluar Jepun. Permainan ini memceritakan konflik antara dua puak diketuai oleh Nero dan Tamano, berlawan sesama mereka untuk mengawal Moon Cell dan Holy Grail. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan perlawan yang pantas dan sebanyak 16 watak boleh dimainkan oleh pemain.

Fate/EXTELLA: The Umbral Star dilancarkan hari ini di Nintendo Switch dan boleh dibeli di Nintendo E-Shop.

Leave a Reply