Skip to main content

Lebih dari 30 juta pemain seluruh dunia memainkan Overwatch, dan mulai minggu depan, para pemain akan dapat membeli Overwatch Edisi Game Of The Year secara fizikal di kedai. Selepas pelancaran Edisi Game Of The Year secara digital pada bulan May yang lepas, Blizzard akhirnya mengambil keputusan untuk melancarkan edisi fizikal pada 28 Julai ini.

Overwatch Edisi Fizikal Game Of The Year akan disertakan bersama semua watak tambahan dan kawasan baru. Disamping itu, edisi tersebut akan turut menyertakan kod digital untuk:

  • 10 Bonus Kotak Lootbox
  • Kostum Overwatch Origins
  • Sayap Mercy untuk Diablo III
  • Watak Tracer untuk Heroes Of The Storm
  • StarCraft II In-game Portraits
  • Hearthstone Card Back

Bagi mereka yang masih lagi belum memilik Overwatch, tawaran ini adalah sangat berbaloi untuk anda bermula bermain permainan ini.

Leave a Reply