Kemaskini Doom yang terkini, 6.66 memberi penambahkan multi-pemain secara percuma. Penambakan sebelum ini yang dilancarkan oleh Bethesda, iaitu Unto the Evil, Hell Followed dan Bloodfall packs yang dilancarkan pada Ogos sehingga Disember tahun lepas, kini percuma untuk pemain. Anda hanya perlu memuat-turun permainan ke kemaskini terkini dan anda akan terus mendapat kesemua penambahkan tersebut.
Kemaskini terbaru Doom ini juga memberi peluang kepada pemain untuk menaik-taraf kelengkapan pemain secara memfokus, sekaligus menghapuskan sistem rawak yang dahulunya.
Tambahan pula bagi pemain PC, anda dapat bermain Doom secara percuma pada hujung minggu ini di Steam. Tempoh percubaan percuma tersebut akan merangkumi 2 tahap permainan untuk kempen pemain perseorangan manakala tiada had untuk multi-pemain. Jika anda berminat dengan permainan Doom ini, di Steam juga terdapat diskaun 50% dengan berharga hanya RM59.25.
[download] Laman Rasmi Steam : DOOM [/download]