Bagi anda yang telah mendapatkan permainan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, hari ini penerbitnya mengumumkan kandungan tambahan percuma untuk para peminat permainan berkenaan. Kandungan tambahan (DLC) yang dinamakan sebagai Stormy Ascent ini ditawarkan secara percuma untuk tempoh 30 hari akan datang, dan berharga $2.99 selepas 21 Ogos 2017.

Stormy Ascent adalah tahap permainan baru yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. Ia membawakan lebih cabaran, memerlukan pengguna bergerak dengan pantas dan mengelak pelbagai cabaran dan halangan yang hadir.

Pengguna yang sedia mempunyai permainan Crash Bandicoot N Sane Trilogy boleh memuat-turun kandungan tambahan ini secara percuma bermula hari ini.

Muat-Turun DLC Stormy Ascent untuk PS4

Sohor Kini