Sebelum ini, kita sedia mendengar desas-desus mengatakan permainan Call of Duty : WWII akan mempunyai mod permainan menentang zombi. Kini, Activision dan Sledgehammer Games secara rasminya mengumumkan perkara berkenaan dan mempertontonkan ia secara ringkas melalui trailer terbaru.

Call of Duty : WWII mengambil latar masa sekitar 1944 ke 1945, iaitu pada perang dunia kedua. Walaubagaimanapun, dalam penceritaan, pemain akan melalui sebuah perkampungan di Jerman yang membuat eksperimen dengan tentera yang boleh bertahan dan tidak mati – iaitu zombi.

Permainan tembak-menembak mengambil latar perang dunia kedua ini akan dilancarkan pada 3 November untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.

Call of Duty WWII

Sohor Kini