Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Bentuk Permainan Yakuza Kiwami Dipertontonkan

Trailer Bentuk Permainan Yakuza Kiwami Dipertontonkan

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Bagi mereka yang tidak sabar untuk bermain Yakuza Kiwami, Deep Silver kini telah pun hadir dengan video trailer baru yang mempertontonkan bentuk permainan berkenaan.

Melaluinya, ia mempertontonkan pelbagai aktiviti yang boleh dikawal oleh pemain dalam permainan berkenaan, termasuk seperti bermain Mahjong, karaoke dan sebagainya. Kiryu, iaitu watak utama yang akan dimainkan oleh pemain akan hadir bersama 4 jenis teknik berlawan berbeza, iaitu Brawler, Beast, Rush dan teknik Dragon.

Bagi mereka yang ingin mengikuti garis masa, watak-watak siri Yakuza, anda turut boleh ke laman rasmi permainan Yakuza untuk membaca dan melihat infografik dan komik interatif. Terdapat pelbagai infomasi dan sejarah bagi mereka yang ingin tahu perkembangan dan kisah di dalam permainan Yakuza.

Yakuza Kiwami bakal tiba di PS4 pada 29 Ogos ini, dan anda boleh membuat pra-tempahan di PSN Store dengan hanya RM89.

Laman Rasmi Interatif Yakuza