Pokemon Go merupakan salah satu permua yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan masih terdapat jutaan pengguna yang aktif memainkannya dan menangkap pelbagai Pokemon setiap hari. Kini, Niantic, pembangun disebaliknya mengumumkan yang mana kemaskini Pokemon Go akan datang bakal menyertakan watak Pokemon legenda ke permainan berkenaan.

Berbeza dengan kaedah menangkap Pokemon biasa, untuk Pokemon legenda, pemain perlu bekerjasama dengan yang lain untuk mengalahkannya dan menangkap ia bersama.

Ciri baru ini semestinya diminati ramai – sekaligus membawa kepada lebih ramai mula aktif memainkan permainan berkenaan kembali, apatah lagi dengan ciri kolaborasi ini.

Sohor Kini